EU Akan Sambung Kembali FTA Dengan Malaysia Tahun Ini

KUALA LUMPUR -- Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Eropah (EU) yang terhenti, akan disambung semula tahun ini, kata Duta Besar yang juga Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo-Fernandez.
Beliau berkata Ketua Perunding Negara Anggota EU akan membuat pelancaran semula cadangan rundingan semula itu bulan depan di Brussels, Belgium, bagi menentukan 'bila dan bagaimana'.
Castillo-Fernandez berkata Malaysia dan EU mempunyai asas kukuh untuk memuktamadkan rundingan dalam tempoh masa yang munasabah.
"Apabila dipulihkan, kami akan menyelesaikannya dalam tempoh masa yang munasabah.
"Kami tidak memulakannya (FTA) dari awal, tetapi bersandarkan latarbelakang rundingan yang sudah berlangsung sejak lima tahun lepas, ini pasti lebih mudah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Anugerah Eropah bagi Kelestarian 2017 di sini hari ini.
Sebagai platform penyokong bagi perniagaan Eropah di Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Eropah di Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia menganjurkan anugerah itu bagi menggalakkan kelestarian dan meningkatkan lagi kecemerlangan perniagaan di Malaysia.

Share Us :


Loading...